Daffodils di belakang rumah sudah mengeluarkan bunga kuning ceria. Naimah terpekik -pekik dari backyard hanya untuk Amal datang memetik bunga. Seperti orang tidak
pernah tengok bunga. Langit pun dah
cerah kembali walaupun suhu masih sejuk nyaman.
Matsaleh pun dah pakai baju kuning dan warna warni menandakan suasana
yang ceria. Warna pakaian mereka menandakan mood.
“ Where
do you want to go this Easter Break?” Vivian bertanya semasa mereka keluar
jogging bertiga. It’s the best time to explore Scotland.”
“ How
about Edinburgh? Victoria lives there.
Its time for another adventure” hati Amal teruja nak berjumpa penpal yang
kedua. Tetapi Zain sudah mengingatkan supaya jaga diri bila pergi tempat orang.
“ I
will join the Melvilles visiting friends in Swansea.” Naimah sudah merancang
awal. Okid pula akan ikut kakaknya ke Lake District.
“ I
will invite Zain if he is coming with
us.” Amal tidak lupa pengalaman bersama
Zain sebagai guide semasa melawat London.
Zain
pun belum sampai ke Scotland. Zain terus
setuju apabila Amal mempelawa. Mereka mengambil intercity terus ke Edinburgh
dari Birmingham. Perjalanan selama empat
jam. Nasib baik mereka bertolak awal, sampai
pukul 12.00 dan tidak susah untuk mencari bed & breakfast. Mereka makan meehoon yang
Amal bekalkan semasa dalam train tadi. Petang itu mereka bersiar-siar sekitar bandar, melawat The Royal
Mile dan bangunan berhampiran. Mereka tercari-cari juga kedai Pakistan. Tetapi terjumpa
kedai Asia jual mee segera Maggi asam
laksa. Jadi mereka makan di bilik sahaja
malam itu.
“We go
find Victoria first thing in the
morning. Is it okay with you Vivian?” Zain menyusun jadual semasa dalam train
lagi.
“ Yes I
think that’s wise. Then we can ask Victoria to be our guide” cantik idea
Vivian.
Mereka mengambil cab ke alamat rumah Victoria. Rumah nya seperti cottage. Ada dua kereta
parking di taman yang sedang berbunga. So countryside. Selepas menekan loceng terpacul wanita separuh
umur nampak sangat keibuan.
“Hello
how can I help you?” Makcik tu pula yang menyapa mereka.
“We are
looking for Victoria. I am Amalnina her penpal from Malaysia.” Amal segera
memperkenalkan diri.
“Ouh.
You have come to the right place but I am afraid you cant find her now.”
Mukanya tiba-tiba kelihatan sedih, berlinang airmata. Dia terus memanggil
seseorang “ Charles, come over please.”
“Yeah
mom, whats bothering you.” Lelaki sebaya
dengan mereka keluar dan memapah
makcik tadi masuk. “ Do you want them to come in, mom?” dia membongkok mendengar ibunya berbisik.
“ Come
in please, I need to calm down my mom first, will you please excuse me.” Jejaka itu
begitu sopan melayan mereka walaupun
bukan kenalan. Lima minit kemudian jejaka itu keluar dan memperkenalkan diri
sebagai abang Victoria, Charles.
“ My mom was upset because you
bring back memories of Victoria. Actually we lost her a month ago in a road
accident. We are still mourning.”
Charles memecah kesunyian.
“Oh! I
am very sorry to hear this news. Please accept our condolences. Sorry to disturb you and family anyway.” Amal
jadi serba salah samada mahu pulang
atau berkenalan terlebih dahulu tapi
Charles sangat baik orangnya. Dia terus ingin berkenalan dengan mereka bertiga. Dia bertanya dimana mereka menginap dan dia juga pohon maaf kerana Amal
tidak sempat berjumpa Victoria.
“ I
know about you Amalnina. Victoria enjoys reading your letters and she plans to
travel to Malaysia one day. But…..Never mind
I can show you around on her behalf.” Charles pula ingin membantu. Hanya Charles yang
tinggal bersama ibunya. Ibunya mungkin
terhibur dengan kehadiran mereka. Keluarganya
berasal dari Ireland. Ayahnya orang
Scotland dan mempunyai hartanah disini. Charles masih belajar sebaya dengan Zain. Sebelum mereka pulang
Martha ibu Victoria keluar dan berpelukan dengan mereka semua. Dia rasa terharu
bila ada kenalan Victoria yang datang dari jauh.
Amal
pulang dengan hati yang hiba. Belum sempat jumpa, Victoria sudah meninggal.
Ophelia pun hilang berpindah.
Tidak kesampaian dia menjejak penpal yang telah memberi dia inspirasi
selama ini.
“We still have 3 days here. What
shall we do?” Zain baru bersuara. “ I want to see the monster of Loch Ness.” Memang
niatnya nak menceriakan Amal, mengalih
tujuan datang ke Edinburgh.
“ Its
okay Amal, At least you get to know her family. Her brother is so nice. He will
pick us tomorrow for sightseeing.”
Vivian sudah terpikat dengan budak mata biru tadi. “We still need to climb the Carlton Hill,
snap photo from Arthur’s Seat. They said the view up there was breathtaking.”
Keesokan
hari Charles datang dengan kereta
Volkwagen. Entah apa yang Zain
bincangkan, dia bersetuju membawa mereka ke Loch Ness. Percutian mereka jadi lebih ceria dengan kehadiran Charles yang
sangat budiman. Dia cepat mesra dan tidak menganggap kami sebagai
foreigner. Perjalanan ke sana mengambil
masa empat jam. Zain dan Amal berhenti untuk solat. Kemudian mencari
vegetarian food. Charles mulai faham serba sedikit mengenai Islam.
Vivian terlebih peramah melayannya.
“Nin, smile
you are on candid camera.” Zain suka betul mengusik. Semasa mencari tempat
solat, sempat lagi dia bergurau doakan
abang dalam doa. Amal rasa terhibur
dapat bersama dengan Zain tetapi masih menjaga batas pergaulan. Ada masa rasa nak peluk Zain kerana sangat sayang
padanya tapi itulah cabaran aurat.
Mereka sampai di Loch Ness pukul 3.00 petang. Selepas
mengambil gambar dan pusing-pusing sekitar
lagoon, Charles mencadangkan mereka bermalam di Inverness yang mengambil masa dua
jam perjalanan dari situ. Akhirnya mereka bermalam di country home kepunyaan bapa
Charles. Siapa sangka mereka dapat peluang
berkenalan dengan Charles yang
hartawan. Vivian sudah nampak masa
depannya.
Malam
tu mereka masak grill trout with potato. Rasa seperti pergi
camping. Charles bercerita mengenai
pelayaran musim panas bersama bapanya. Dia pernah sampai ke Shetland Isles dan pulau
disekitar Scotland. Hati teruja sekali lagi kerana Agnes tinggal di sana. Tapi
Amal diam memendam perasaan sebab Zain sudah signal supaya jangan gelojoh. Malam itu hujan turun lebat sekali dan angin
bertiup amat menakutkan. Nasib baik
Vivian ada bersama, dah lah tidur di rumah kosong. Tiba-tiba lampu padam. Mereka berdua menjerit ketakutan sehingga Zain datang
membawa torchlight.
“There’s
no electricity and the room will be cold until morning, How about all of us
huddle in one room.” Charles cuba
menyelesaikan masalah. “There’s nothing
to be scared about, no ghosts here in my house. Except it will be dark and cold.”
“Abang
Z, Nin takut ni. Boleh percaya ke matsaleh ni?” tanganku dah berpaut pada
lengan Zain.
“ I
think we will be fine in one room, safer than here in the dark.” Mereka pun
berkumpul di bilik Charles yang ada dua single bed. Masing-masing membawa sleeping bag, cuma kena tidur
berhimpit untuk dapatkan suhu badan.
“Vivian
and Nin can share the bed, Abang will be next on the couch. Charles can take another bed.” Cepat Zain
selesaikan kedudukan mereka sebelum Charles mengarah. Amal paling takut
kalau Charles cadangkan tidur ikut
pasangan kerana lelaki tidak mahu kongsi katil sesama lelaki. Amal semakin sayangkan Zain dengan
cadangannya itu.
Keesokan
pagi Charles dan Zain bangun awal dan menyalakan api pemanas di dapur. Apabila mereka turun breakfast mashed potato with baked beans sudah tersedia. Amal
cuba membantu mencari mug dan menyediakan kopi. “You sleep well last nite
ladies?” Charles menyapa.
Lelaki
matsaleh memang suka layan perempuan dengan baik. Harap Zain belajar dari
Charles. Vivian dan tergilakan Charles sejak semalam lagi. Percutian ini pun
istimewa kerana dapat sampai ke country house di Inverness tanpa dirancang dan
dapat mengalaminya adventure bersama
Zain tersayang.
Hari
itu sebelum pulang mereka bersiar sekitar
Inverness dan mengikut jalan melalui pantai
timur Scotland. Charles banyak
menceritakan pengalaman semasa belayar dilaut sehingga ke Norway. Ayahnya keturunan Viking yang jaguh dalam
pelayaran. Dari Aberdeen pemandangan tepi laut sangat menakjubkan dan kami
tidak lepaskan peluang bergambar . Charles suka mencuri gambar candid. Dia dan Zain
bergilir – gilir mengabadikan gambar couples mereka. Percutiani ni meninggalkan kenangan romantic
buat mereka semua. Charles memang bersahaja memeluk Vivian semasa
bergambar, kadang-kadang hingga berlaga pipi. Lelaki matsaleh memang charming
dan Vivian pula melayan bersahaja. Amal paling suka gambar dari belakang yang
menunjukkan Ain dan Zain duduk berdua menghadap Dunnottar Castle dan North Sea yang
luas. Mereka bermalam di Stonehaven Lodge dan sempat menikmati sunrise keesokannya.
Ibu
Charles sudah sedia menunggu mereka setiba
di Edinburgh. Dia telah menempah lassagna dari kedai vegetarian. Dia pun mempelawa mereka bermalam di bilik
Victoria. Amal menolak nya dengan sopan kerana mahu pulang ke Northampton sebelum malam. Mereka sangat menghargai layanan Charles dan ibunya.
Mereka menjemput Amal datang lagi ke Edinburgh. Aneh juga mereka dapat berkenalan dengan keluarga Scottish yang
baik hati. Terubat juga rindu pada keluarga di kampung.
“I
really enjoy the holiday Nin, I wish we can always go holiday together.” Zain
sempat mengenggam tangan Amal semasa duduk bersebelahan di dalam
intercity. Vivian sudah terlena. Rasa
malu pula nak bertentang mata dengan nya. Lama juga Zain menggengam erat
tangannya sehingga Amal bersuara.
“Yeah
…I feel special with abang.” Amal terus merungkai genggaman Zain tapi melentukkan kepala pada
bahu Zain. Sebenarnya Amal ingin mengelak malu kerana mukanya sudah merah padam. Zain terus merangkul bahu
Amal. Selang lima minit Zain juga
terlelap. Perjalanan mereka
memang memenatkan. Entah bila Amal pun
terlena dalam lamunan cinta.
“ Hey
lovebirds wake up. Luckily I don’t snap your romantic close up.” Amal cepat-cepat membetulkan
scarfnya kerana mendapati bibir Zain
bersentuh dahinya semasa tersedar tadi. Kemudian baharu Zain terjaga dan
tersenyum nakal.
“I like
it when you blushes, Nin.” Sempat lagi
Zain membisik manja pada telinganya.
“We are approaching Birmingham
already. We need to change train.” Amal menjawab selamba. Percutian ini membuatkan
Zain lebih berani meluahkan perasaannya. Jiwa Amal rasa bergetar bila
bertentangan mata dengannya.
Hari sudah mula senja semasa
mereka sampai di Northampton. Mereka berbual menikmati udara musim bunga sambil berjalan . Setiba di Connaught Zain singgah dan mengada-ngada minta sediakan
english tea. Tapi dia belikan doughnuts untuk
mereka nikmati bersama. Oleh kerana sudah maghrib, dia tumpang solat dalam bilik Amal . Amal gementar betul bila dia minta nak guna bilik
tadi. Tapi Zain memang boleh dipercayai.
Dia tidak ambil peluang pun tapi
merenung mesra semasa Amal menghantar
dipintu.
“ Are you mad at me, Nin? ” dia
ingin kepastian.
“Yes, I want to pinch you.” Amal menjawab geram
“And I want to kiss you.” Zain memuncungkan mulutnya.
“Go away, Zainol Lee” Amal memukul manja pada dada Zain.
“Bye, love” Zain berlari pergi.
Suasana bising di pintu
menyebabkan Vivian keluar menyampuk. “ Did he kiss you?”
No comments:
Post a Comment