Tuesday, August 30, 2016

NENE COLLEGE ST GEORGE'S AVENUE



Hari yang nyaman. Angin sepoi-sepoi  dengan cuaca yang selesa. Terpegun melihat kerenah budak-budak ‘matsaleh’  sedang berjemur di padang kolej. Nene College terletak dihadapan racecourse  yang tak digunakan lagi. Kehijauan rumput menakjubkan  dan luasnya macam padang golf. Pokok fir memagari sekeliling padang itu dan pemandangannya dari pintu depan kolej amat cantik sekali.

Lapan pelajar Malaysia disambut mesra oleh Kaunselor Kolej Mr Paver. Selepas pendaftaran lawatan keliling kolej telah diiringi oleh  lima orang pelajar senior.  Antara teruja dan risau sepanjang lawatan itu apabila Duncan bertanya   “So where are you staying? I am staying at Derby Road with my foster family. If  you need a place, the registrar can help you.

“Saya Nurin, wakil pelajar Malaysia disini.  Ikut kakak lepas ni, jangan daftar alamat lagi.” . Orang melayu dibumi asing mestilah nak tinggal dengan orang melayu. Selepas minum teh dikantin kolej kami berempat  pelajar perempuan tajaan KPM menyertai Kak Nurin  menumpang  dirumahnya.  Ia cuma bedsitter  satu bilik dirumah keluarga Pakistan Mr Husin.

“Bila masuk ni, jangan buat bising. Makcik ni fussy. Kalau dia tahu ada yang menumpang dia caj sewa.” Dengan luggage yang berat mereka terhegeh-hegeh naik tangga ke tingkat atas. Keluarga Mr.Husin tinggal di aras bawah.  Kak Nurin berkongsi bilik air  dan dapur dengan dua penyewa lain. “Kak nak masak ni , meanwhile you all can freshen up. 

Mereka makan dengan berselera spaghetti bolognese. “Sedapnya masakan Kak Nurin dan terima kasih banyak kerana tumpangkan kami disini.” sopan tutur Naimah dari  Pahang.  Bunyi ketukan di pintu, anak Mr Husin kata ada pemuda nak jumpa Kak Nurin.  Sementara Kak Nurin tiada kami berbincang  berkongsi rumah sewa. “Tak seronok lah tinggal serumah dengan landlady! Tak bebas langsung.”  bentak Vivian gadis dari Sabah.


“Landlady  beri satu malam je untuk tumpangkan you all. So kak minta Abang Suhairi datang ambil luggage  kamu dan esok menumpang di rumah budak-budak  MARA.”  sayu Kak Nurin jelaskan. “Abang Suhairi sedang cari rumah sewa untuk you all. Kak pun ada tanya Mr Husin kalau dia tahu kawan-kawan yang nak  sewakan bilik.”  Malam itu kami tak cakap banyak . Tidur dalam satu bilik berkongsi selimut dan berbantalkan coat yang baru beli di London semasa transit di Malaysia Hall semalam.

Orang Melayu memang baik hati. Sarapan dah siap bila kita bangun. Malu pula menyusahkan Kak Nurin. Abang Suhairi pun datang breakfast  disini.  Selepas luggage dah dimuatkan dalam kereta Abang Suhairi, Okid Hidayah bergurau manja “ Macam mana kita nak pergi rumah budak MARA ni, kak  ada kereta juga ke?”

You have to walk my dear girls. We move about walking here. So brace yourselves. It is going to be a long walk for our manja  freshies” Sambil berjalan kami menikmati cuaca yang nyaman dipenghujung musim panas . Pemandangan pun sangat indah.  Kawasan kejiranan di sini semua rumah terrace. Kamu menuruni  bukit menuju ke kawasan lapang.

“Bukan kah ni racecourse  depan Nene College” Naimah kelihatan hairan.

“Kita mesti melintasi racecourse dulu sebelum sampai ke Melville Street, so  Nene College is midway there” jelas Kak Nurin.

Amalnina dibesarkan di Kota Bharu dan mempunyai ramai pen-pals di England, Scotland , Wales, dan Shetland Isles. Bapa Amalnina seorang guru berpandangan jauh dan menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris supaya suatu hari mereka dapat belajar diluar negara.  Bahan bacaan mereka adik beradik adalah dari bahan Bahasa Inggeris.  So Amal cepat kenal persekitaran baharu, sense of directions nya  selalu betul. “Naimah don’t you notice this is the  campus field, up on the slope is the gym with the  half cylindrical roof. You walk up this hill to the  college and there is the low land racecourse. And we are going to cross to the other side of the racecourse.”

“Jauhnya Kak Nurin, tiada bas ke kat sini?” Naimah  dah nampak keletihan.

“Sambil-sambil jalan kita berbual. Cuaca disini tak panas dan tak berpeluh walaupun berjalan jauh. Lama-lama you terbiasalah. They call it take a stroll but if you are going to college you have to brisk walk.” Kak Nurin memberi semangat.  Selepas 20 minit mereka sampai di jalan yang sibuk, ada kedai sepanjang jalan. “ Now this is Kettering Road, main road here and  your nearby shops. Let’s stop at the grocery there and buy some fruits for the girls. Orang Melayu tak lupa buah tangan.

Pelbagai buahan-buahan mediteranean ada disini. Srawberry, red delicious apple, granny smith, oranges, cherries, apricot, pear, peaches and plums. “Bestnya kak Nurin  hari-hari boleh beli buah balik dari kolej nanti.” Teruja saya tengok buah-buahan yang lazat tu.

“Hey everyone choose your favorites. Make it two packs; one for kak Nurin and another one for the girls.” Okid tersenyum riang. Okid dah biasa tinggal di London semasa primary school dulu. Ibubapa dia pernah berkhidmat di Malaysian Hall selama tiga tahun. Sebab tu lah dia tidak jakun macam kita yang baru merasa living in the UK. Dia dikenali sebagai Heidi disini.

                Terasa lenguh juga kaki berjalan sehingga kami tiba di Melville Street dan disambut mesra oleh Raihana, Nik Malihan dan Wan Azizah. Mereka dah tiba satu minggu awal dan settle nicely and done their groceries. Mereka dah kenal Grosvernor Center, dah buka akaun di Lloyd Bank, tahu nak dapat halal meat di Pakistan Store. Mereka nak pergi self service laundry petang nanti.

                “You have a cosy place here” Vivian bersuara sambal menikmati English tea with digestive biscuits. “How much is the rent?”

                “Reasonable price for students but you must be willing to share. Do you mind sharing with the Muslim girls.”  Kak Nurin ingin kepastian Vivian seorang  kadazan Kristian.

                “ I don’t mind, we are Malaysians, makan nasi macam you all. Dah biasa dengan budaya Islam di sekolah  berasrama.” Vivian meyakinkan kami semua.

                “ Kak Nurin have lunch with us. It is my turn cooking today. Then you can bring us hunting for stationary after lunch. College will recommence next week.” Wan Azizah mempelawa. Dia memperkenalkan dirinya kak long, sebab dah biasa jaga adik-adiknya yang sepuluh orang. “Sementara dapat rumah sewa you are welcome here. Tolong basuh pinggan okay.”

                Raihana yang suka melawak ajak Vivian menumpang biliknya diground floor. Nik membawa mereka naik ke tingkat atas. Okid yang berlagak macam ketua mereka ingin berkongsi bilik dengan kak long. Jadi Naimah dan Amal masuk bilik Nik Malihan kerana biliknya besar, master bedroom. “Who’s the other girl. I thought you are four?” Amal bertanya setelah melihat satu bilik kosong.

                "Oh yes! This is  Liza’s room. Remember! You have to register at the NHS clinic, after medical check-up there, the doctor refered her to the hospital. Said she has tumour in the brain. That’s why she always complained having headache and was not fit to have long walk or hectic student life. She also have mood swings.” Niki  bercerita dan persoal kenapa penyakit dia tidak dikesan semasa di Malaysia. “The college is sending her back, giving her time to recover. Her parents also have been informed. Tuesday she will be discharge and Saturday she is flying home.”

                “Poor girl. I hope I can survive this ordeal. Anyway it’s good she is going home. Being ill far away from home is another sad episode.” Naimah bersimpati.

                Lunch was delicious. kak long gembira sangat dapat sediakan nasi kerabu masakan Kelantan. Nik dan Amal pun orang Kelantan so mereka banyak membantu kak long masak tadi. Apa lagi Okid dan Vivian yang tak pernah pekena nasi kerabu makan dengan pelahap sekali. Pada waktu itu juga Abang Suhairi sampai membawa luggage mereka semua. “Luggage pergi pusing dunia ke? Dah lama kita sampai, luggage tunggu time makan ye?” usik Kak Nurin.

                “Okay lah tu langkah kanan. Abang, jemput makan nasi kerabu . Makan dengan keropok yang Niki bekalkan. Lain kali bawa ayam seekor boleh kami buat ayam percik.” Kak long peramah mempelawa Abang Suhairi yang dah tersipu-sipu malu.

No comments:

Post a Comment