29th June, its my parents' anniversary. my nieces was in KB so got the chance to celebrate with their grands. They're blessed with a harmonious marriage, 20 doting children ( anak 10, menantu10) and batches of grandchildren. What a happy family.
I don't quite agree why they promote mother's day or father's day separately. They are 2 souls that can't be separated or discrimate. We love them both ; their anniversary as the parents' day is a good day to rejoice.
Never mind late than never, these are dedicated to them.
Ayah seorang yang berwawasan. Paling bertuah rasanya bila ayah hantar kita adik beradik ke sekolah Inggeris. Masa tu ayah dah nampak English boleh membawa kita meneroka ilmu. Ayah sangat minat Ilmu Alam. Semasa tahun 60an ayah dah tahu segenap bandar2 didunia melalui atlas yang jadi rujukannya. Aspirasinya juga membuat Che Ngah, Ateh, Achik dan Che Rah mencari ilmu ke negara maju. Masihku ingat semasa menerima surat tawaran melanjut pelajaran ke Nene College Northampton, ayah cepat2 keluarkan atlasnya dan segala kerisauan Che Ngah hilang kerana ayah memberi aura positif. Semasa menandatangani perjanjian ayah dah pesan. "Ingat Aini ini adalah impian yang mu pilih, jangan menyesal di kemudian hari." Che Ngah tak pernah menyesal pergi belajar jauh beribu batu, balik jadi guru biasa sahaja kerana itulah azam yamg telah disemat. Memang jiwa Che Ngah sesuai jadi guru. Sesungguhnya sesuatu tindakan itu bila direstui oleh ibu bapa, kejayaan sudah ada bersama kita. Wawasan ayah menjadikan kami adik beradik berjaya dalam pelajaran dan mempunyai personaliti yang positif. Semasa kecil , ayah adalah satu figure yang kita gerun. Kalau dia tidur jangan buat bising. hingga dia terjaga. Dia nampak tegas tetapi membimbing dengan bijaksana. Dia tidak pernah beri muka pada kita semua kerana fikiran dia begitu risau untuk membentuk 9 anak perempuan supaya boleh menandingi lelaki yang lebih menonjol pada zaman 70an. Untuk menaruh harapan pada Syam masa tu pun masih kecil. Jadi kami (mama, che ngah dan ateh) disemai supaya berani ke depan dan memberi contoh kepada adik2.
Ayah tidaklah begitu warak pada masa itu tapi pembesaran kami seimbang dengan didikan agama daripada wo(nenek)dan Chek sendiri. Chek adalah satu karakter yang sangat pemurah dan penyabar. Dengan arwah wo, chek selalu kena marah sebab lambat mengurus anak2 tapi chek tak pernah menjawab atau merajuk. Dia redha di atas semua teguran wo dan belajar mendidik anak2 dengan kesabaran. Memang letih badan nak membesarkan kita 10 orang tapi che kuat berdoa dan kejayaan kita pun adalah dari doa yang tidak putus. Seingat Che Ngah chek tak pernah mengeluarkan maki hamun pada anak2 sebab itulah hidup kita berkat. Dia tidak pernah memperkecilkan kebolehan anak2. Chek adalah seorang yang mempunyai jiwa bersedekah. Dalam diam dia banyak membantu anak muridnya yang susah dengan membeli buku atau pensel supaya mereka belajar. Baginya pelajaran saja yang boleh mengubah ekonomi keluarga. Dia sanggup membantu orang lain dalam kesusahan. Dia pernah berpesan" muka kita mesti sentiasa senyum, walaupun dalam kesusahan."
Itulah sedikit coretan mengenai ayah dan chek yang sepatutny dikalungkan ibu bapa mithali.
happy bday ayoh
ReplyDelete