Thursday, August 30, 2018

Harmoni Bak Batik

Mencari identiti merdeka
Kita bangsa Malaysia
Tiada Melayu, Cina atau India
Bahasa Malaysia  menyatukan semua.

Bendera itu lambang merdeka
Megah berkibar di kota dan desa
Patriotik disemai sejak tadika
Sejarah  dihayati melalui sketsa

Kain batik pusaka zaman
Pelbagai warna tercetus ilham
Corak bunga mekar setaman
Mahu pun motif dari alam
Harmoni lukisan jadi idaman
Ibarat perpaduan  Darul Salam

Batik sarong itu pengikat kasih
Segala perasaan dianyam mesra
Dibuat basahan sirami selasih
Hadiah buat bonda dan nenda
Yang tua dan muda tidak tersisih
Sayangi Malaysiaku  negara tercinta





 


No comments:

Post a Comment