Tuesday, November 15, 2016

SCOTLAND TOUR

Daffodils di belakang rumah  sudah mengeluarkan bunga kuning ceria.  Naimah terpekik -pekik  dari backyard hanya untuk  Amal datang memetik bunga. Seperti orang tidak pernah tengok bunga. Langit  pun dah cerah kembali walaupun  suhu masih sejuk  nyaman.   Matsaleh pun dah pakai baju kuning dan warna warni menandakan suasana yang ceria. Warna pakaian mereka menandakan mood.

                “ Where do you want to go this Easter Break?” Vivian bertanya semasa mereka keluar jogging bertiga. It’s the best time to explore Scotland.”

                “ How about Edinburgh?  Victoria lives there. Its time for another adventure” hati Amal teruja nak berjumpa penpal yang kedua. Tetapi Zain sudah mengingatkan supaya jaga diri bila  pergi tempat orang.

                “ I will join the Melvilles visiting friends in Swansea.” Naimah sudah merancang awal. Okid pula akan ikut kakaknya ke Lake District.

                “ I will invite  Zain if he is coming with us.”  Amal tidak lupa pengalaman bersama Zain sebagai guide semasa melawat London.

                Zain pun belum sampai ke Scotland.  Zain terus setuju apabila Amal mempelawa. Mereka mengambil intercity terus ke Edinburgh dari Birmingham. Perjalanan selama  empat jam. Nasib baik mereka  bertolak awal, sampai pukul 12.00 dan tidak susah untuk mencari  bed & breakfast. Mereka makan meehoon yang Amal bekalkan semasa dalam train tadi. Petang itu mereka  bersiar-siar sekitar bandar, melawat The Royal Mile dan bangunan berhampiran.  Mereka  tercari-cari juga kedai Pakistan. Tetapi terjumpa kedai  Asia jual mee segera Maggi asam laksa.  Jadi mereka makan di bilik sahaja malam itu.

                “We go find Victoria  first thing in the morning. Is it okay with you Vivian?” Zain menyusun jadual semasa dalam train lagi.

                “ Yes I think that’s wise. Then we can ask Victoria to be our guide” cantik idea Vivian.

                Mereka  mengambil cab ke alamat rumah Victoria.  Rumah nya seperti cottage. Ada dua kereta parking di taman yang sedang berbunga. So countryside.  Selepas menekan loceng terpacul wanita separuh umur  nampak sangat keibuan.

                “Hello how can I help you?” Makcik tu pula yang menyapa mereka.

                “We are looking for Victoria. I am Amalnina her penpal from Malaysia.” Amal segera memperkenalkan diri.

                “Ouh. You have come to the right place but I am afraid you cant find her now.” Mukanya tiba-tiba kelihatan sedih, berlinang airmata. Dia terus memanggil seseorang  “ Charles, come over please.”

                “Yeah mom, whats bothering you.” Lelaki sebaya  dengan mereka keluar  dan memapah makcik tadi masuk. “ Do you want them to come in, mom?”  dia membongkok mendengar ibunya berbisik.

                “ Come in please,  I need to  calm down my mom  first, will you please excuse me.” Jejaka itu begitu sopan melayan mereka  walaupun bukan kenalan. Lima minit kemudian jejaka itu keluar dan memperkenalkan diri sebagai abang Victoria, Charles.

“ My mom was upset because you bring back memories of Victoria.  Actually we lost her a month ago in a road accident. We are still mourning.”  Charles  memecah kesunyian.

                “Oh! I am very sorry to hear this news. Please accept our condolences.  Sorry to disturb you and family anyway.” Amal  jadi serba salah samada mahu pulang atau  berkenalan terlebih dahulu tapi Charles  sangat baik orangnya.  Dia terus ingin berkenalan dengan mereka  bertiga. Dia bertanya dimana mereka  menginap dan dia juga pohon maaf kerana Amal tidak sempat berjumpa Victoria.

                “ I know about you Amalnina. Victoria enjoys reading your letters and she plans to travel to Malaysia one day. But…..Never mind  I can show you around on her behalf.” Charles  pula ingin membantu. Hanya Charles yang tinggal bersama ibunya.  Ibunya mungkin terhibur dengan kehadiran mereka.  Keluarganya berasal dari Ireland.  Ayahnya orang Scotland dan mempunyai hartanah disini. Charles  masih belajar  sebaya dengan Zain. Sebelum mereka pulang Martha ibu Victoria keluar dan berpelukan dengan mereka semua. Dia rasa terharu bila ada kenalan Victoria yang datang dari jauh.

                Amal pulang dengan hati yang hiba. Belum sempat jumpa, Victoria sudah  meninggal.  Ophelia pun hilang berpindah.  Tidak kesampaian dia menjejak penpal yang telah memberi dia inspirasi selama ini.

“We still have 3 days here. What shall we do?” Zain baru bersuara. “ I want to see the monster of Loch Ness.” Memang niatnya nak menceriakan Amal,  mengalih tujuan datang ke Edinburgh.

                “ Its okay Amal, At least you get to know her family. Her brother is so nice. He will pick us tomorrow for sightseeing.”  Vivian sudah terpikat dengan budak mata biru tadi.  “We still need to climb the Carlton Hill, snap photo from Arthur’s Seat. They said the view up there was breathtaking.”

                Keesokan hari  Charles datang dengan kereta Volkwagen.  Entah apa yang Zain bincangkan, dia bersetuju membawa  mereka ke Loch Ness.  Percutian mereka  jadi lebih ceria dengan kehadiran Charles yang sangat budiman. Dia cepat mesra dan tidak menganggap kami sebagai foreigner.  Perjalanan ke sana mengambil masa empat  jam. Zain dan Amal  berhenti untuk solat. Kemudian mencari vegetarian food.  Charles  mulai faham serba sedikit mengenai Islam. Vivian terlebih  peramah melayannya.

                “Nin, smile you are on candid camera.” Zain suka betul mengusik. Semasa mencari tempat solat,  sempat lagi dia bergurau doakan abang dalam doa. Amal  rasa terhibur dapat bersama dengan Zain tetapi masih menjaga batas pergaulan.  Ada masa rasa nak peluk Zain kerana sangat sayang padanya tapi itulah cabaran aurat.

                Mereka  sampai di Loch Ness pukul 3.00 petang. Selepas mengambil gambar dan pusing-pusing sekitar  lagoon, Charles mencadangkan mereka  bermalam di Inverness yang mengambil masa dua jam perjalanan dari situ. Akhirnya mereka  bermalam di country home kepunyaan bapa Charles. Siapa sangka mereka  dapat peluang berkenalan dengan Charles  yang hartawan.  Vivian sudah nampak masa depannya.

                Malam tu mereka  masak  grill trout with potato. Rasa seperti pergi camping.  Charles bercerita mengenai pelayaran  musim panas  bersama bapanya.  Dia pernah sampai ke Shetland Isles dan pulau disekitar Scotland. Hati teruja sekali lagi kerana Agnes tinggal di sana. Tapi Amal diam memendam perasaan sebab Zain sudah signal supaya jangan gelojoh.   Malam itu hujan turun lebat sekali dan angin bertiup amat menakutkan.  Nasib baik Vivian ada bersama, dah lah tidur di rumah kosong. Tiba-tiba lampu padam.  Mereka  berdua  menjerit ketakutan sehingga Zain datang membawa torchlight.

                “There’s no electricity and the room will be cold until morning, How about all of us huddle in one room.” Charles  cuba menyelesaikan masalah.  “There’s nothing to be scared about, no ghosts here in my house.  Except it will be dark and cold.”

                “Abang Z, Nin takut ni. Boleh percaya ke matsaleh ni?” tanganku dah berpaut pada lengan Zain.

                “ I think we will be fine in one room, safer than here in the dark.” Mereka pun berkumpul di bilik Charles yang ada dua single bed. Masing-masing  membawa sleeping bag, cuma kena tidur berhimpit untuk dapatkan suhu badan.

                “Vivian and Nin can share the bed, Abang will be next on the couch.  Charles can take another bed.” Cepat Zain selesaikan kedudukan mereka sebelum Charles mengarah. Amal paling takut kalau  Charles cadangkan tidur ikut pasangan kerana lelaki tidak mahu kongsi  katil sesama lelaki.  Amal semakin sayangkan Zain dengan cadangannya itu.

                Keesokan pagi  Charles  dan Zain bangun awal dan  menyalakan  api pemanas di dapur. Apabila  mereka  turun breakfast mashed  potato with baked beans sudah tersedia. Amal cuba membantu mencari mug dan menyediakan kopi. “You sleep well last nite ladies?” Charles menyapa.

                Lelaki matsaleh memang suka layan perempuan dengan baik. Harap Zain belajar dari Charles. Vivian dan tergilakan Charles sejak semalam lagi. Percutian ini pun istimewa kerana dapat sampai ke country house di Inverness tanpa dirancang dan dapat mengalaminya adventure  bersama Zain tersayang.

                Hari itu sebelum pulang mereka  bersiar sekitar Inverness dan mengikut jalan  melalui pantai timur Scotland. Charles  banyak menceritakan pengalaman semasa belayar dilaut sehingga ke Norway.  Ayahnya keturunan Viking yang jaguh dalam pelayaran. Dari Aberdeen pemandangan tepi laut sangat menakjubkan dan kami tidak lepaskan peluang bergambar . Charles  suka mencuri gambar candid. Dia dan Zain bergilir – gilir  mengabadikan  gambar couples mereka.  Percutiani ni meninggalkan kenangan romantic buat  mereka  semua. Charles  memang bersahaja memeluk Vivian semasa bergambar, kadang-kadang hingga berlaga pipi. Lelaki matsaleh memang charming dan Vivian pula melayan bersahaja. Amal  paling suka gambar dari belakang yang menunjukkan Ain dan Zain duduk berdua menghadap Dunnottar Castle dan North Sea yang luas.  Mereka bermalam   di Stonehaven Lodge dan sempat menikmati  sunrise keesokannya.

                Ibu Charles sudah sedia menunggu  mereka setiba di Edinburgh. Dia telah menempah lassagna dari kedai vegetarian.  Dia pun mempelawa mereka bermalam di bilik Victoria. Amal menolak nya dengan sopan kerana mahu pulang ke Northampton  sebelum malam. Mereka  sangat menghargai layanan Charles dan ibunya. Mereka menjemput Amal datang lagi ke Edinburgh. Aneh juga mereka  dapat berkenalan dengan keluarga Scottish yang baik hati. Terubat juga rindu pada keluarga di kampung.

                “I really enjoy the holiday Nin, I wish we can always go holiday together.” Zain sempat mengenggam tangan Amal semasa duduk bersebelahan di dalam intercity.  Vivian sudah terlena. Rasa malu pula nak bertentang mata dengan nya. Lama juga Zain menggengam erat tangannya sehingga  Amal bersuara.

                “Yeah …I feel special with abang.” Amal terus merungkai  genggaman Zain tapi melentukkan kepala pada bahu Zain. Sebenarnya Amal ingin  mengelak malu kerana mukanya  sudah merah padam. Zain terus merangkul bahu Amal. Selang lima minit Zain juga  terlelap. Perjalanan  mereka memang memenatkan. Entah bila Amal  pun terlena  dalam lamunan cinta. 

                “ Hey lovebirds wake up. Luckily I don’t snap your romantic  close up.” Amal cepat-cepat membetulkan scarfnya kerana  mendapati bibir Zain bersentuh dahinya semasa tersedar tadi. Kemudian baharu Zain terjaga dan tersenyum nakal.

                “I like it when you  blushes, Nin.” Sempat lagi Zain membisik manja pada telinganya.
“We are approaching Birmingham already. We need to change train.” Amal  menjawab selamba. Percutian ini membuatkan Zain lebih berani meluahkan perasaannya. Jiwa Amal rasa bergetar bila bertentangan mata dengannya.

Hari sudah mula senja semasa mereka  sampai di Northampton.  Mereka berbual  menikmati udara musim bunga sambil berjalan .  Setiba di Connaught  Zain singgah dan mengada-ngada minta sediakan english tea. Tapi dia belikan doughnuts untuk  mereka  nikmati bersama.  Oleh kerana sudah maghrib, dia tumpang  solat dalam bilik Amal . Amal  gementar betul bila dia minta nak guna bilik tadi. Tapi Zain memang  boleh dipercayai.  Dia tidak ambil peluang pun tapi merenung  mesra semasa Amal menghantar dipintu.

“ Are you mad at me, Nin? ” dia ingin kepastian.
“Yes, I want to pinch you.” Amal  menjawab geram
“And I want to kiss you.”  Zain memuncungkan mulutnya.
“Go away, Zainol Lee”  Amal  memukul manja pada dada Zain.
“Bye, love” Zain berlari pergi.

Suasana bising di pintu menyebabkan Vivian keluar menyampuk. “ Did he kiss you?”

Tuesday, August 30, 2016

NENE COLLEGE ST GEORGE'S AVENUE



Hari yang nyaman. Angin sepoi-sepoi  dengan cuaca yang selesa. Terpegun melihat kerenah budak-budak ‘matsaleh’  sedang berjemur di padang kolej. Nene College terletak dihadapan racecourse  yang tak digunakan lagi. Kehijauan rumput menakjubkan  dan luasnya macam padang golf. Pokok fir memagari sekeliling padang itu dan pemandangannya dari pintu depan kolej amat cantik sekali.

Lapan pelajar Malaysia disambut mesra oleh Kaunselor Kolej Mr Paver. Selepas pendaftaran lawatan keliling kolej telah diiringi oleh  lima orang pelajar senior.  Antara teruja dan risau sepanjang lawatan itu apabila Duncan bertanya   “So where are you staying? I am staying at Derby Road with my foster family. If  you need a place, the registrar can help you.

“Saya Nurin, wakil pelajar Malaysia disini.  Ikut kakak lepas ni, jangan daftar alamat lagi.” . Orang melayu dibumi asing mestilah nak tinggal dengan orang melayu. Selepas minum teh dikantin kolej kami berempat  pelajar perempuan tajaan KPM menyertai Kak Nurin  menumpang  dirumahnya.  Ia cuma bedsitter  satu bilik dirumah keluarga Pakistan Mr Husin.

“Bila masuk ni, jangan buat bising. Makcik ni fussy. Kalau dia tahu ada yang menumpang dia caj sewa.” Dengan luggage yang berat mereka terhegeh-hegeh naik tangga ke tingkat atas. Keluarga Mr.Husin tinggal di aras bawah.  Kak Nurin berkongsi bilik air  dan dapur dengan dua penyewa lain. “Kak nak masak ni , meanwhile you all can freshen up. 

Mereka makan dengan berselera spaghetti bolognese. “Sedapnya masakan Kak Nurin dan terima kasih banyak kerana tumpangkan kami disini.” sopan tutur Naimah dari  Pahang.  Bunyi ketukan di pintu, anak Mr Husin kata ada pemuda nak jumpa Kak Nurin.  Sementara Kak Nurin tiada kami berbincang  berkongsi rumah sewa. “Tak seronok lah tinggal serumah dengan landlady! Tak bebas langsung.”  bentak Vivian gadis dari Sabah.


“Landlady  beri satu malam je untuk tumpangkan you all. So kak minta Abang Suhairi datang ambil luggage  kamu dan esok menumpang di rumah budak-budak  MARA.”  sayu Kak Nurin jelaskan. “Abang Suhairi sedang cari rumah sewa untuk you all. Kak pun ada tanya Mr Husin kalau dia tahu kawan-kawan yang nak  sewakan bilik.”  Malam itu kami tak cakap banyak . Tidur dalam satu bilik berkongsi selimut dan berbantalkan coat yang baru beli di London semasa transit di Malaysia Hall semalam.

Orang Melayu memang baik hati. Sarapan dah siap bila kita bangun. Malu pula menyusahkan Kak Nurin. Abang Suhairi pun datang breakfast  disini.  Selepas luggage dah dimuatkan dalam kereta Abang Suhairi, Okid Hidayah bergurau manja “ Macam mana kita nak pergi rumah budak MARA ni, kak  ada kereta juga ke?”

You have to walk my dear girls. We move about walking here. So brace yourselves. It is going to be a long walk for our manja  freshies” Sambil berjalan kami menikmati cuaca yang nyaman dipenghujung musim panas . Pemandangan pun sangat indah.  Kawasan kejiranan di sini semua rumah terrace. Kamu menuruni  bukit menuju ke kawasan lapang.

“Bukan kah ni racecourse  depan Nene College” Naimah kelihatan hairan.

“Kita mesti melintasi racecourse dulu sebelum sampai ke Melville Street, so  Nene College is midway there” jelas Kak Nurin.

Amalnina dibesarkan di Kota Bharu dan mempunyai ramai pen-pals di England, Scotland , Wales, dan Shetland Isles. Bapa Amalnina seorang guru berpandangan jauh dan menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris supaya suatu hari mereka dapat belajar diluar negara.  Bahan bacaan mereka adik beradik adalah dari bahan Bahasa Inggeris.  So Amal cepat kenal persekitaran baharu, sense of directions nya  selalu betul. “Naimah don’t you notice this is the  campus field, up on the slope is the gym with the  half cylindrical roof. You walk up this hill to the  college and there is the low land racecourse. And we are going to cross to the other side of the racecourse.”

“Jauhnya Kak Nurin, tiada bas ke kat sini?” Naimah  dah nampak keletihan.

“Sambil-sambil jalan kita berbual. Cuaca disini tak panas dan tak berpeluh walaupun berjalan jauh. Lama-lama you terbiasalah. They call it take a stroll but if you are going to college you have to brisk walk.” Kak Nurin memberi semangat.  Selepas 20 minit mereka sampai di jalan yang sibuk, ada kedai sepanjang jalan. “ Now this is Kettering Road, main road here and  your nearby shops. Let’s stop at the grocery there and buy some fruits for the girls. Orang Melayu tak lupa buah tangan.

Pelbagai buahan-buahan mediteranean ada disini. Srawberry, red delicious apple, granny smith, oranges, cherries, apricot, pear, peaches and plums. “Bestnya kak Nurin  hari-hari boleh beli buah balik dari kolej nanti.” Teruja saya tengok buah-buahan yang lazat tu.

“Hey everyone choose your favorites. Make it two packs; one for kak Nurin and another one for the girls.” Okid tersenyum riang. Okid dah biasa tinggal di London semasa primary school dulu. Ibubapa dia pernah berkhidmat di Malaysian Hall selama tiga tahun. Sebab tu lah dia tidak jakun macam kita yang baru merasa living in the UK. Dia dikenali sebagai Heidi disini.

                Terasa lenguh juga kaki berjalan sehingga kami tiba di Melville Street dan disambut mesra oleh Raihana, Nik Malihan dan Wan Azizah. Mereka dah tiba satu minggu awal dan settle nicely and done their groceries. Mereka dah kenal Grosvernor Center, dah buka akaun di Lloyd Bank, tahu nak dapat halal meat di Pakistan Store. Mereka nak pergi self service laundry petang nanti.

                “You have a cosy place here” Vivian bersuara sambal menikmati English tea with digestive biscuits. “How much is the rent?”

                “Reasonable price for students but you must be willing to share. Do you mind sharing with the Muslim girls.”  Kak Nurin ingin kepastian Vivian seorang  kadazan Kristian.

                “ I don’t mind, we are Malaysians, makan nasi macam you all. Dah biasa dengan budaya Islam di sekolah  berasrama.” Vivian meyakinkan kami semua.

                “ Kak Nurin have lunch with us. It is my turn cooking today. Then you can bring us hunting for stationary after lunch. College will recommence next week.” Wan Azizah mempelawa. Dia memperkenalkan dirinya kak long, sebab dah biasa jaga adik-adiknya yang sepuluh orang. “Sementara dapat rumah sewa you are welcome here. Tolong basuh pinggan okay.”

                Raihana yang suka melawak ajak Vivian menumpang biliknya diground floor. Nik membawa mereka naik ke tingkat atas. Okid yang berlagak macam ketua mereka ingin berkongsi bilik dengan kak long. Jadi Naimah dan Amal masuk bilik Nik Malihan kerana biliknya besar, master bedroom. “Who’s the other girl. I thought you are four?” Amal bertanya setelah melihat satu bilik kosong.

                "Oh yes! This is  Liza’s room. Remember! You have to register at the NHS clinic, after medical check-up there, the doctor refered her to the hospital. Said she has tumour in the brain. That’s why she always complained having headache and was not fit to have long walk or hectic student life. She also have mood swings.” Niki  bercerita dan persoal kenapa penyakit dia tidak dikesan semasa di Malaysia. “The college is sending her back, giving her time to recover. Her parents also have been informed. Tuesday she will be discharge and Saturday she is flying home.”

                “Poor girl. I hope I can survive this ordeal. Anyway it’s good she is going home. Being ill far away from home is another sad episode.” Naimah bersimpati.

                Lunch was delicious. kak long gembira sangat dapat sediakan nasi kerabu masakan Kelantan. Nik dan Amal pun orang Kelantan so mereka banyak membantu kak long masak tadi. Apa lagi Okid dan Vivian yang tak pernah pekena nasi kerabu makan dengan pelahap sekali. Pada waktu itu juga Abang Suhairi sampai membawa luggage mereka semua. “Luggage pergi pusing dunia ke? Dah lama kita sampai, luggage tunggu time makan ye?” usik Kak Nurin.

                “Okay lah tu langkah kanan. Abang, jemput makan nasi kerabu . Makan dengan keropok yang Niki bekalkan. Lain kali bawa ayam seekor boleh kami buat ayam percik.” Kak long peramah mempelawa Abang Suhairi yang dah tersipu-sipu malu.

Thursday, April 14, 2016

AVON di NORTHAMPTON

Disember 1978

Hujan tidak berhenti-henti sejak semalam. Langit hitam tidak berseri tapi angin monsun sejuk mendamaikan. Selepas last  spm paper  semalam, Amalnina merancang untuk mengemas biliknya yang sudah tak terurus dek kesibukan menelaah pelajaran sekolah. Adiknya Rubiana belum bangun masih lena diulit mimpi indah. Lama juga dia merenung masa depan untuk belajar di luar negara dan inspirasinya  untuk bertemu dengan pen-pals disana.

" Kak Amal, nanti kita sama-sama kumpulkan surat-surat pen-pals dan ajar adik bagaimana nak balas surat ya" Rubiana mangejutkan Amalnina dari lamunan."

"Kalau ya pun pergi mandi dulu, lepas tu breakfast. Kak pun nak balas surat Agnes yang dah lama tak berjawab."

Lepas menolong ibu mengemas apa yang patut di dapur, mereka pun mengemas bilik. Lepas satu -satu kotak dikeluarkan dari bawah katil. Tahun SPM ini memang sangat sibuk dengan tuition dan study group, Amalnina hanya sempat masukkan kertas-kertas dalam kotak dan menyoroknya di bawah katil. Baju dalam almari pun perlu sort-out, walaupun bukan banyak sangat.

" Tengok ni album gambar Paksu  masih ada disini. Cantik-cantiklah foto dari overseas ni. Pemandangannya sungguh menarik, muka nampak berseri-seri. Mesti udara disana sangat fresh. Teringinnya nak pergi sana."  Rubiana bersuara.

" Bila ada keinginan disitu ada jalan. You must get less than 15 aggregates if you want to further studies overseas. Kak Amal dah cuba yang terbaik. Tunggu tawaran saja ke UK. Sejak Paksu balik dari London lagi kak dah menyimpan cita-cita dan kak berusaha. Bukan udara je segar, bau London tu pun magis bila dapat souvenier dari Paksu. Ia bagai azimat tau."

" Wah! konfiden la kakak kita. Adik pun nanti  ingin ikut jejak kakak. Nanti boleh jumpa Agnes pen-pal dari UK tu. Lifesytle kat sana memang menarik kan.."

Julai 1979

"Amal cepat dapatkan surat-surat dari  UK ni. Mestilah dari pen-pals...." Kak Long Mawardina menjerit dari pagar depan selepas berkejar mengambil surat dari posmen.

 Amalnina bergegas  meluru turun dari tingkat atas, masih berbaju tidur belum mandi tapi begitu teruja untuk dapat reply dari Agnes, pen-pal from Shetland Isles.  " Eh..ini surat tawaran A'Levels dari Nene College, Yahoo ! ayah mana? cepat! cepat! tengok ni Amal  dapat sambung belajar ke Nene College." riuh satu rumah gembira dengan berita itu. Dua surat lain adalah surat tawaran biasiswa dari KPM dan surat Agnes.

Ayah seorang guru geografi memang suka menelaah atlas dunia. Ayah ada belikan satu set ensaiklopedia mengenai dunia. Adik beradik mereka memang hebat dalam general knowledge kerana suka membaca. Dengan segera ayah dapatkan atlas dan mencari lokasi Northampthon  dalam peta England. Ayah pun begitu teruja dan yakin Amalnina akan terus berjaya belajar di sana.

"Dalam TV tu college disana nampak seronok. Nanti Kak Amal boleh jumpa semua pen-pals. Hey..surat Agnes tu belum bacalah. " Rubiana  memecah keterujaan Ainina.

Agnes di Shetland Isles, Victoria di Scotland,  Ophelia di London dan Naomi  di Wales adalah pen-pals yang banyak memberi semangat push your limits untuk mengapai impian belajar di overseas. Cerita mereka mengenai kehebatan bandar moden di benua empat musim memang  membuat Amalnina teruja untuk  menuntut ilmu dan belajar berdikari di perantauan.

September 1979

Selepas program orientasi di SMK Alam Shah Cheras, Amalnina menerima geran belajar dan perlu menyediakan passport dan visa untuk berlepas ke England. Amal berkenalan dengan tiga gadis dan empat jejaka yang  sama-sama akan belajar di Northampton, bandar kecil di utara  London selatan Birmingham. Ayah merasa lega melepaskan anaknya pergi bersama kumpulan pelajar itu.

Kak Mawardina belajar di KL jadi mereka berdua selesaikan urusan passport ,visa, currency, tiket dalam masa dua minggu. Pada hari berlepas ibu dan ayah serta adik datang dari Kota Bharu untuk merestui penerbangan sulong Amalnina ke luar negara. "Jaga diri dan pandai-pandai menyesuai diri di tempat orang." ibu berpesan.

"Jangan lupa solat. Kenangkan ibu dan ayah kerana kami akan sentiasa mendoakan Amal disana" ayah pula berpesan. Amal tidak dapat menahan airmata lagi selepas peluk cium ibu, ayah, Kak Mawar dan Rubiana. Tetapi kerana cita-cita digagahi juga berjalan menuju ke terminal berlepas. Lambaian terakhir Amal nampak longlai tapi hatinya kental membawa harapan ibu dan ayah untuk berjuang demi kejayaan.










Sunday, March 27, 2016

WORTHWHILE

Happiness finally is here......

sacrifice over my pride;
retiring from my noble job
leaving my prospectus post
discarding smart strategies
overcome  deadline paranoia

sacrifice over good partnership;
leaving good friends
missing the fun and laughter
sharing our fears and worries
motivating the mentees
planning our dreams

sacrifice over my shopaholic syndrome;
enough of expensive batik
or the bling-bling dresses
even my colorful gems jewellery
no more branded handbags
no need  for matching shoes anymore

sacrifice over my ego;
to be a proud housewife
which was neglected for years
to slave myself cooking balance meal
creating healthy diet and lifesyle

But i have found happiness
by simply doing nothing at home
and it is worthy my sacrifices