Tuesday, November 15, 2016

SCOTLAND TOUR

Daffodils di belakang rumah  sudah mengeluarkan bunga kuning ceria.  Naimah terpekik -pekik  dari backyard hanya untuk  Amal datang memetik bunga. Seperti orang tidak pernah tengok bunga. Langit  pun dah cerah kembali walaupun  suhu masih sejuk  nyaman.   Matsaleh pun dah pakai baju kuning dan warna warni menandakan suasana yang ceria. Warna pakaian mereka menandakan mood.

                “ Where do you want to go this Easter Break?” Vivian bertanya semasa mereka keluar jogging bertiga. It’s the best time to explore Scotland.”

                “ How about Edinburgh?  Victoria lives there. Its time for another adventure” hati Amal teruja nak berjumpa penpal yang kedua. Tetapi Zain sudah mengingatkan supaya jaga diri bila  pergi tempat orang.

                “ I will join the Melvilles visiting friends in Swansea.” Naimah sudah merancang awal. Okid pula akan ikut kakaknya ke Lake District.

                “ I will invite  Zain if he is coming with us.”  Amal tidak lupa pengalaman bersama Zain sebagai guide semasa melawat London.

                Zain pun belum sampai ke Scotland.  Zain terus setuju apabila Amal mempelawa. Mereka mengambil intercity terus ke Edinburgh dari Birmingham. Perjalanan selama  empat jam. Nasib baik mereka  bertolak awal, sampai pukul 12.00 dan tidak susah untuk mencari  bed & breakfast. Mereka makan meehoon yang Amal bekalkan semasa dalam train tadi. Petang itu mereka  bersiar-siar sekitar bandar, melawat The Royal Mile dan bangunan berhampiran.  Mereka  tercari-cari juga kedai Pakistan. Tetapi terjumpa kedai  Asia jual mee segera Maggi asam laksa.  Jadi mereka makan di bilik sahaja malam itu.

                “We go find Victoria  first thing in the morning. Is it okay with you Vivian?” Zain menyusun jadual semasa dalam train lagi.

                “ Yes I think that’s wise. Then we can ask Victoria to be our guide” cantik idea Vivian.

                Mereka  mengambil cab ke alamat rumah Victoria.  Rumah nya seperti cottage. Ada dua kereta parking di taman yang sedang berbunga. So countryside.  Selepas menekan loceng terpacul wanita separuh umur  nampak sangat keibuan.

                “Hello how can I help you?” Makcik tu pula yang menyapa mereka.

                “We are looking for Victoria. I am Amalnina her penpal from Malaysia.” Amal segera memperkenalkan diri.

                “Ouh. You have come to the right place but I am afraid you cant find her now.” Mukanya tiba-tiba kelihatan sedih, berlinang airmata. Dia terus memanggil seseorang  “ Charles, come over please.”

                “Yeah mom, whats bothering you.” Lelaki sebaya  dengan mereka keluar  dan memapah makcik tadi masuk. “ Do you want them to come in, mom?”  dia membongkok mendengar ibunya berbisik.

                “ Come in please,  I need to  calm down my mom  first, will you please excuse me.” Jejaka itu begitu sopan melayan mereka  walaupun bukan kenalan. Lima minit kemudian jejaka itu keluar dan memperkenalkan diri sebagai abang Victoria, Charles.

“ My mom was upset because you bring back memories of Victoria.  Actually we lost her a month ago in a road accident. We are still mourning.”  Charles  memecah kesunyian.

                “Oh! I am very sorry to hear this news. Please accept our condolences.  Sorry to disturb you and family anyway.” Amal  jadi serba salah samada mahu pulang atau  berkenalan terlebih dahulu tapi Charles  sangat baik orangnya.  Dia terus ingin berkenalan dengan mereka  bertiga. Dia bertanya dimana mereka  menginap dan dia juga pohon maaf kerana Amal tidak sempat berjumpa Victoria.

                “ I know about you Amalnina. Victoria enjoys reading your letters and she plans to travel to Malaysia one day. But…..Never mind  I can show you around on her behalf.” Charles  pula ingin membantu. Hanya Charles yang tinggal bersama ibunya.  Ibunya mungkin terhibur dengan kehadiran mereka.  Keluarganya berasal dari Ireland.  Ayahnya orang Scotland dan mempunyai hartanah disini. Charles  masih belajar  sebaya dengan Zain. Sebelum mereka pulang Martha ibu Victoria keluar dan berpelukan dengan mereka semua. Dia rasa terharu bila ada kenalan Victoria yang datang dari jauh.

                Amal pulang dengan hati yang hiba. Belum sempat jumpa, Victoria sudah  meninggal.  Ophelia pun hilang berpindah.  Tidak kesampaian dia menjejak penpal yang telah memberi dia inspirasi selama ini.

“We still have 3 days here. What shall we do?” Zain baru bersuara. “ I want to see the monster of Loch Ness.” Memang niatnya nak menceriakan Amal,  mengalih tujuan datang ke Edinburgh.

                “ Its okay Amal, At least you get to know her family. Her brother is so nice. He will pick us tomorrow for sightseeing.”  Vivian sudah terpikat dengan budak mata biru tadi.  “We still need to climb the Carlton Hill, snap photo from Arthur’s Seat. They said the view up there was breathtaking.”

                Keesokan hari  Charles datang dengan kereta Volkwagen.  Entah apa yang Zain bincangkan, dia bersetuju membawa  mereka ke Loch Ness.  Percutian mereka  jadi lebih ceria dengan kehadiran Charles yang sangat budiman. Dia cepat mesra dan tidak menganggap kami sebagai foreigner.  Perjalanan ke sana mengambil masa empat  jam. Zain dan Amal  berhenti untuk solat. Kemudian mencari vegetarian food.  Charles  mulai faham serba sedikit mengenai Islam. Vivian terlebih  peramah melayannya.

                “Nin, smile you are on candid camera.” Zain suka betul mengusik. Semasa mencari tempat solat,  sempat lagi dia bergurau doakan abang dalam doa. Amal  rasa terhibur dapat bersama dengan Zain tetapi masih menjaga batas pergaulan.  Ada masa rasa nak peluk Zain kerana sangat sayang padanya tapi itulah cabaran aurat.

                Mereka  sampai di Loch Ness pukul 3.00 petang. Selepas mengambil gambar dan pusing-pusing sekitar  lagoon, Charles mencadangkan mereka  bermalam di Inverness yang mengambil masa dua jam perjalanan dari situ. Akhirnya mereka  bermalam di country home kepunyaan bapa Charles. Siapa sangka mereka  dapat peluang berkenalan dengan Charles  yang hartawan.  Vivian sudah nampak masa depannya.

                Malam tu mereka  masak  grill trout with potato. Rasa seperti pergi camping.  Charles bercerita mengenai pelayaran  musim panas  bersama bapanya.  Dia pernah sampai ke Shetland Isles dan pulau disekitar Scotland. Hati teruja sekali lagi kerana Agnes tinggal di sana. Tapi Amal diam memendam perasaan sebab Zain sudah signal supaya jangan gelojoh.   Malam itu hujan turun lebat sekali dan angin bertiup amat menakutkan.  Nasib baik Vivian ada bersama, dah lah tidur di rumah kosong. Tiba-tiba lampu padam.  Mereka  berdua  menjerit ketakutan sehingga Zain datang membawa torchlight.

                “There’s no electricity and the room will be cold until morning, How about all of us huddle in one room.” Charles  cuba menyelesaikan masalah.  “There’s nothing to be scared about, no ghosts here in my house.  Except it will be dark and cold.”

                “Abang Z, Nin takut ni. Boleh percaya ke matsaleh ni?” tanganku dah berpaut pada lengan Zain.

                “ I think we will be fine in one room, safer than here in the dark.” Mereka pun berkumpul di bilik Charles yang ada dua single bed. Masing-masing  membawa sleeping bag, cuma kena tidur berhimpit untuk dapatkan suhu badan.

                “Vivian and Nin can share the bed, Abang will be next on the couch.  Charles can take another bed.” Cepat Zain selesaikan kedudukan mereka sebelum Charles mengarah. Amal paling takut kalau  Charles cadangkan tidur ikut pasangan kerana lelaki tidak mahu kongsi  katil sesama lelaki.  Amal semakin sayangkan Zain dengan cadangannya itu.

                Keesokan pagi  Charles  dan Zain bangun awal dan  menyalakan  api pemanas di dapur. Apabila  mereka  turun breakfast mashed  potato with baked beans sudah tersedia. Amal cuba membantu mencari mug dan menyediakan kopi. “You sleep well last nite ladies?” Charles menyapa.

                Lelaki matsaleh memang suka layan perempuan dengan baik. Harap Zain belajar dari Charles. Vivian dan tergilakan Charles sejak semalam lagi. Percutian ini pun istimewa kerana dapat sampai ke country house di Inverness tanpa dirancang dan dapat mengalaminya adventure  bersama Zain tersayang.

                Hari itu sebelum pulang mereka  bersiar sekitar Inverness dan mengikut jalan  melalui pantai timur Scotland. Charles  banyak menceritakan pengalaman semasa belayar dilaut sehingga ke Norway.  Ayahnya keturunan Viking yang jaguh dalam pelayaran. Dari Aberdeen pemandangan tepi laut sangat menakjubkan dan kami tidak lepaskan peluang bergambar . Charles  suka mencuri gambar candid. Dia dan Zain bergilir – gilir  mengabadikan  gambar couples mereka.  Percutiani ni meninggalkan kenangan romantic buat  mereka  semua. Charles  memang bersahaja memeluk Vivian semasa bergambar, kadang-kadang hingga berlaga pipi. Lelaki matsaleh memang charming dan Vivian pula melayan bersahaja. Amal  paling suka gambar dari belakang yang menunjukkan Ain dan Zain duduk berdua menghadap Dunnottar Castle dan North Sea yang luas.  Mereka bermalam   di Stonehaven Lodge dan sempat menikmati  sunrise keesokannya.

                Ibu Charles sudah sedia menunggu  mereka setiba di Edinburgh. Dia telah menempah lassagna dari kedai vegetarian.  Dia pun mempelawa mereka bermalam di bilik Victoria. Amal menolak nya dengan sopan kerana mahu pulang ke Northampton  sebelum malam. Mereka  sangat menghargai layanan Charles dan ibunya. Mereka menjemput Amal datang lagi ke Edinburgh. Aneh juga mereka  dapat berkenalan dengan keluarga Scottish yang baik hati. Terubat juga rindu pada keluarga di kampung.

                “I really enjoy the holiday Nin, I wish we can always go holiday together.” Zain sempat mengenggam tangan Amal semasa duduk bersebelahan di dalam intercity.  Vivian sudah terlena. Rasa malu pula nak bertentang mata dengan nya. Lama juga Zain menggengam erat tangannya sehingga  Amal bersuara.

                “Yeah …I feel special with abang.” Amal terus merungkai  genggaman Zain tapi melentukkan kepala pada bahu Zain. Sebenarnya Amal ingin  mengelak malu kerana mukanya  sudah merah padam. Zain terus merangkul bahu Amal. Selang lima minit Zain juga  terlelap. Perjalanan  mereka memang memenatkan. Entah bila Amal  pun terlena  dalam lamunan cinta. 

                “ Hey lovebirds wake up. Luckily I don’t snap your romantic  close up.” Amal cepat-cepat membetulkan scarfnya kerana  mendapati bibir Zain bersentuh dahinya semasa tersedar tadi. Kemudian baharu Zain terjaga dan tersenyum nakal.

                “I like it when you  blushes, Nin.” Sempat lagi Zain membisik manja pada telinganya.
“We are approaching Birmingham already. We need to change train.” Amal  menjawab selamba. Percutian ini membuatkan Zain lebih berani meluahkan perasaannya. Jiwa Amal rasa bergetar bila bertentangan mata dengannya.

Hari sudah mula senja semasa mereka  sampai di Northampton.  Mereka berbual  menikmati udara musim bunga sambil berjalan .  Setiba di Connaught  Zain singgah dan mengada-ngada minta sediakan english tea. Tapi dia belikan doughnuts untuk  mereka  nikmati bersama.  Oleh kerana sudah maghrib, dia tumpang  solat dalam bilik Amal . Amal  gementar betul bila dia minta nak guna bilik tadi. Tapi Zain memang  boleh dipercayai.  Dia tidak ambil peluang pun tapi merenung  mesra semasa Amal menghantar dipintu.

“ Are you mad at me, Nin? ” dia ingin kepastian.
“Yes, I want to pinch you.” Amal  menjawab geram
“And I want to kiss you.”  Zain memuncungkan mulutnya.
“Go away, Zainol Lee”  Amal  memukul manja pada dada Zain.
“Bye, love” Zain berlari pergi.

Suasana bising di pintu menyebabkan Vivian keluar menyampuk. “ Did he kiss you?”