Hari yang nyaman. Angin
sepoi-sepoi dengan cuaca yang selesa.
Terpegun melihat kerenah budak-budak ‘matsaleh’
sedang berjemur di padang kolej. Nene College terletak dihadapan racecourse yang tak digunakan lagi. Kehijauan rumput
menakjubkan dan luasnya macam padang
golf. Pokok fir memagari sekeliling padang itu dan pemandangannya dari pintu
depan kolej amat cantik sekali.
Lapan pelajar Malaysia disambut mesra oleh
Kaunselor Kolej Mr Paver. Selepas pendaftaran lawatan keliling kolej telah
diiringi oleh lima orang pelajar senior. Antara
teruja dan risau sepanjang lawatan itu apabila Duncan bertanya “So
where are you staying? I am staying at Derby Road with my foster family.
If you need a place, the registrar can
help you.”
“Saya Nurin, wakil pelajar
Malaysia disini. Ikut kakak lepas ni,
jangan daftar alamat lagi.” . Orang melayu dibumi asing mestilah nak tinggal
dengan orang melayu. Selepas minum teh dikantin kolej kami berempat pelajar perempuan tajaan KPM menyertai Kak
Nurin menumpang dirumahnya.
Ia cuma bedsitter satu bilik
dirumah keluarga Pakistan Mr Husin.
“Bila masuk ni, jangan buat
bising. Makcik ni fussy. Kalau dia tahu ada yang menumpang dia caj sewa.”
Dengan luggage yang berat mereka terhegeh-hegeh naik tangga ke tingkat atas.
Keluarga Mr.Husin tinggal di aras bawah. Kak Nurin berkongsi bilik air dan dapur dengan dua penyewa lain. “Kak nak
masak ni , meanwhile you all can freshen
up. ”
Mereka makan dengan berselera spaghetti bolognese. “Sedapnya masakan Kak Nurin dan terima kasih banyak kerana tumpangkan kami disini.” sopan tutur Naimah dari Pahang. Bunyi ketukan di pintu, anak Mr Husin kata ada pemuda nak jumpa Kak Nurin. Sementara Kak Nurin tiada kami berbincang berkongsi rumah sewa. “Tak seronok lah tinggal serumah dengan landlady! Tak bebas langsung.” bentak Vivian gadis dari Sabah.
Mereka makan dengan berselera spaghetti bolognese. “Sedapnya masakan Kak Nurin dan terima kasih banyak kerana tumpangkan kami disini.” sopan tutur Naimah dari Pahang. Bunyi ketukan di pintu, anak Mr Husin kata ada pemuda nak jumpa Kak Nurin. Sementara Kak Nurin tiada kami berbincang berkongsi rumah sewa. “Tak seronok lah tinggal serumah dengan landlady! Tak bebas langsung.” bentak Vivian gadis dari Sabah.
“Landlady beri satu malam je untuk tumpangkan you all.
So kak minta Abang Suhairi datang ambil luggage
kamu dan esok menumpang di rumah budak-budak MARA.”
sayu Kak Nurin jelaskan. “Abang Suhairi sedang cari rumah sewa untuk you
all. Kak pun ada tanya Mr Husin kalau dia tahu kawan-kawan yang nak sewakan bilik.” Malam itu kami tak cakap banyak . Tidur dalam
satu bilik berkongsi selimut dan berbantalkan coat yang baru beli di London
semasa transit di Malaysia Hall semalam.
Orang Melayu memang baik hati.
Sarapan dah siap bila kita bangun. Malu pula menyusahkan Kak Nurin. Abang
Suhairi pun datang breakfast disini. Selepas luggage dah dimuatkan dalam kereta
Abang Suhairi, Okid Hidayah bergurau manja “ Macam mana kita nak pergi rumah
budak MARA ni, kak ada kereta juga ke?”
“ You have to walk my dear girls. We move about walking here. So brace
yourselves. It is going to be a long walk for our manja freshies” Sambil berjalan kami menikmati
cuaca yang nyaman dipenghujung musim panas . Pemandangan pun sangat indah. Kawasan kejiranan di sini semua rumah
terrace. Kamu menuruni bukit menuju ke
kawasan lapang.
“Bukan kah ni racecourse depan Nene College” Naimah kelihatan hairan.
“Kita mesti melintasi racecourse
dulu sebelum sampai ke Melville Street, so
Nene College is midway there” jelas Kak Nurin.
Amalnina dibesarkan di Kota Bharu dan
mempunyai ramai pen-pals di England, Scotland , Wales, dan Shetland Isles. Bapa Amalnina seorang guru berpandangan jauh dan menghantar anak-anaknya ke sekolah
Inggeris supaya suatu hari mereka dapat belajar diluar negara. Bahan bacaan mereka adik beradik adalah dari
bahan Bahasa Inggeris. So Amal cepat
kenal persekitaran baharu, sense of directions nya selalu betul. “Naimah don’t you notice this
is the campus field, up on the slope is
the gym with the half cylindrical roof.
You walk up this hill to the college and
there is the low land racecourse. And we are going to cross to the other side
of the racecourse.”
“Jauhnya Kak Nurin, tiada bas ke
kat sini?” Naimah dah nampak keletihan.
“Sambil-sambil jalan kita berbual. Cuaca disini tak panas dan tak berpeluh walaupun berjalan jauh. Lama-lama you
terbiasalah. They call it take a stroll but if you are going to college you have
to brisk walk.” Kak Nurin memberi semangat.
Selepas 20 minit mereka sampai di jalan yang sibuk, ada kedai sepanjang
jalan. “ Now this is Kettering Road, main road here and your nearby shops. Let’s stop at the grocery
there and buy some fruits for the girls. Orang Melayu tak lupa buah tangan.”
Pelbagai buahan-buahan
mediteranean ada disini. Srawberry, red delicious apple, granny smith, oranges,
cherries, apricot, pear, peaches and plums. “Bestnya kak Nurin
hari-hari boleh beli buah balik dari kolej nanti.” Teruja saya tengok buah-buahan yang lazat tu.
“Hey everyone choose your
favorites. Make it two packs; one for kak Nurin and another one for the girls.”
Okid tersenyum riang. Okid dah biasa tinggal di London semasa primary school
dulu. Ibubapa dia pernah berkhidmat di Malaysian Hall selama tiga tahun. Sebab tu
lah dia tidak jakun macam kita yang baru merasa living in the UK. Dia dikenali
sebagai Heidi disini.
Terasa
lenguh juga kaki berjalan sehingga kami tiba di Melville Street dan disambut
mesra oleh Raihana, Nik Malihan dan Wan Azizah. Mereka dah tiba satu minggu
awal dan settle nicely and done their groceries. Mereka dah kenal Grosvernor
Center, dah buka akaun di Lloyd Bank, tahu nak dapat halal meat di Pakistan
Store. Mereka nak pergi self service laundry petang nanti.
“You
have a cosy place here” Vivian bersuara sambal menikmati English tea with
digestive biscuits. “How much is the rent?”
“Reasonable
price for students but you must be willing to share. Do you mind sharing with
the Muslim girls.” Kak Nurin ingin kepastian
Vivian seorang kadazan Kristian.
“ I
don’t mind, we are Malaysians, makan nasi macam you all. Dah biasa dengan
budaya Islam di sekolah berasrama.”
Vivian meyakinkan kami semua.
“ Kak
Nurin have lunch with us. It is my turn cooking today. Then you can bring us
hunting for stationary after lunch. College will recommence next week.” Wan
Azizah mempelawa. Dia memperkenalkan dirinya kak long, sebab dah biasa jaga
adik-adiknya yang sepuluh orang. “Sementara dapat rumah sewa you are welcome
here. Tolong basuh pinggan okay.”
Raihana
yang suka melawak ajak Vivian menumpang biliknya diground floor. Nik membawa mereka naik ke tingkat atas. Okid yang berlagak macam ketua mereka ingin berkongsi bilik
dengan kak long. Jadi Naimah dan Amal masuk bilik Nik Malihan kerana biliknya
besar, master bedroom. “Who’s the other girl. I thought you are four?” Amal bertanya setelah melihat satu bilik kosong.
"Oh yes!
This is Liza’s room. Remember! You have
to register at the NHS clinic, after medical check-up there, the doctor refered
her to the hospital. Said she has tumour in the brain. That’s why she always
complained having headache and was not fit to have long walk or hectic student
life. She also have mood swings.” Niki bercerita
dan persoal kenapa penyakit dia tidak dikesan semasa di Malaysia. “The college
is sending her back, giving her time to recover. Her parents also have been
informed. Tuesday she will be discharge and Saturday she is flying home.”
“Poor
girl. I hope I can survive this ordeal. Anyway it’s good she is going home.
Being ill far away from home is another sad episode.” Naimah bersimpati.
Lunch
was delicious. kak long gembira sangat dapat sediakan nasi kerabu masakan
Kelantan. Nik dan Amal pun orang Kelantan so mereka banyak membantu kak long masak
tadi. Apa lagi Okid dan Vivian yang tak pernah pekena nasi kerabu makan dengan
pelahap sekali. Pada waktu itu juga Abang Suhairi sampai membawa luggage mereka semua. “Luggage pergi pusing dunia ke? Dah lama kita sampai, luggage tunggu
time makan ye?” usik Kak Nurin.
“Okay
lah tu langkah kanan. Abang, jemput makan nasi kerabu . Makan dengan keropok
yang Niki bekalkan. Lain kali bawa ayam seekor boleh kami buat ayam percik.”
Kak long peramah mempelawa Abang Suhairi yang dah tersipu-sipu malu.