Disember 1978
Hujan tidak berhenti-henti sejak semalam. Langit hitam tidak berseri tapi angin monsun sejuk mendamaikan. Selepas last spm paper semalam, Amalnina merancang untuk mengemas biliknya yang sudah tak terurus dek kesibukan menelaah pelajaran sekolah. Adiknya Rubiana belum bangun masih lena diulit mimpi indah. Lama juga dia merenung masa depan untuk belajar di luar negara dan inspirasinya untuk bertemu dengan pen-pals disana.
" Kak Amal, nanti kita sama-sama kumpulkan surat-surat pen-pals dan ajar adik bagaimana nak balas surat ya" Rubiana mangejutkan Amalnina dari lamunan."
"Kalau ya pun pergi mandi dulu, lepas tu breakfast. Kak pun nak balas surat Agnes yang dah lama tak berjawab."
Lepas menolong ibu mengemas apa yang patut di dapur, mereka pun mengemas bilik. Lepas satu -satu kotak dikeluarkan dari bawah katil. Tahun SPM ini memang sangat sibuk dengan tuition dan study group, Amalnina hanya sempat masukkan kertas-kertas dalam kotak dan menyoroknya di bawah katil. Baju dalam almari pun perlu sort-out, walaupun bukan banyak sangat.
" Tengok ni album gambar Paksu masih ada disini. Cantik-cantiklah foto dari overseas ni. Pemandangannya sungguh menarik, muka nampak berseri-seri. Mesti udara disana sangat fresh. Teringinnya nak pergi sana." Rubiana bersuara.
" Bila ada keinginan disitu ada jalan. You must get less than 15 aggregates if you want to further studies overseas. Kak Amal dah cuba yang terbaik. Tunggu tawaran saja ke UK. Sejak Paksu balik dari London lagi kak dah menyimpan cita-cita dan kak berusaha. Bukan udara je segar, bau London tu pun magis bila dapat souvenier dari Paksu. Ia bagai azimat tau."
" Wah! konfiden la kakak kita. Adik pun nanti ingin ikut jejak kakak. Nanti boleh jumpa Agnes pen-pal dari UK tu. Lifesytle kat sana memang menarik kan.."
Julai 1979
"Amal cepat dapatkan surat-surat dari UK ni. Mestilah dari pen-pals...." Kak Long Mawardina menjerit dari pagar depan selepas berkejar mengambil surat dari posmen.
Amalnina bergegas meluru turun dari tingkat atas, masih berbaju tidur belum mandi tapi begitu teruja untuk dapat reply dari Agnes, pen-pal from Shetland Isles. " Eh..ini surat tawaran A'Levels dari Nene College, Yahoo ! ayah mana? cepat! cepat! tengok ni Amal dapat sambung belajar ke Nene College." riuh satu rumah gembira dengan berita itu. Dua surat lain adalah surat tawaran biasiswa dari KPM dan surat Agnes.
Ayah seorang guru geografi memang suka menelaah atlas dunia. Ayah ada belikan satu set ensaiklopedia mengenai dunia. Adik beradik mereka memang hebat dalam general knowledge kerana suka membaca. Dengan segera ayah dapatkan atlas dan mencari lokasi Northampthon dalam peta England. Ayah pun begitu teruja dan yakin Amalnina akan terus berjaya belajar di sana.
"Dalam TV tu college disana nampak seronok. Nanti Kak Amal boleh jumpa semua pen-pals. Hey..surat Agnes tu belum bacalah. " Rubiana memecah keterujaan Ainina.
Agnes di Shetland Isles, Victoria di Scotland, Ophelia di London dan Naomi di Wales adalah pen-pals yang banyak memberi semangat push your limits untuk mengapai impian belajar di overseas. Cerita mereka mengenai kehebatan bandar moden di benua empat musim memang membuat Amalnina teruja untuk menuntut ilmu dan belajar berdikari di perantauan.
September 1979
Selepas program orientasi di SMK Alam Shah Cheras, Amalnina menerima geran belajar dan perlu menyediakan passport dan visa untuk berlepas ke England. Amal berkenalan dengan tiga gadis dan empat jejaka yang sama-sama akan belajar di Northampton, bandar kecil di utara London selatan Birmingham. Ayah merasa lega melepaskan anaknya pergi bersama kumpulan pelajar itu.
Kak Mawardina belajar di KL jadi mereka berdua selesaikan urusan passport ,visa, currency, tiket dalam masa dua minggu. Pada hari berlepas ibu dan ayah serta adik datang dari Kota Bharu untuk merestui penerbangan sulong Amalnina ke luar negara. "Jaga diri dan pandai-pandai menyesuai diri di tempat orang." ibu berpesan.
"Jangan lupa solat. Kenangkan ibu dan ayah kerana kami akan sentiasa mendoakan Amal disana" ayah pula berpesan. Amal tidak dapat menahan airmata lagi selepas peluk cium ibu, ayah, Kak Mawar dan Rubiana. Tetapi kerana cita-cita digagahi juga berjalan menuju ke terminal berlepas. Lambaian terakhir Amal nampak longlai tapi hatinya kental membawa harapan ibu dan ayah untuk berjuang demi kejayaan.